Sabtu, 15 Juni 2013

Kisah Lelaki Tonton Video Porno Gagal Masuk Ke Masjidil Haram

Kisah Lelaki Tonton Video Porno Gagal Masuk Ke Masjidil Haram
Lelaki ini tidak sama paket dengan saya , jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku/terjadi kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke Masjidil Haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gopoh ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.

Setelah pertama kali gagal, lelaki itu coba sekali lagi tetapi apabila orang-orang dalam Masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya. Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sholat di dalam Masjidil Haram.

Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya coba obati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengobati lelaki itu. Sebaliknya,saya coba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu.

Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa pasti ada sesuatu kesalahan yang telah diperbuatnya hingga menyebabkan dia menjadi sedemikian rupa. Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu.

Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah berlaku tetapi selepas dibujuk akhirnya lelaki itu bersetuju.

Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punya hobi yang sangat memalukan. Filem porno sudah menjadi makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem porno.

Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk ke Masjidil Haram, dia tiba-tiba melihat seorang perempuan yang dalam keadaan bugil menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari menjauh.

Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengobati lelaki tadi. Saya diberitakan, selepas itu, barulah dia dapat masuk ke Masjid, itupun cuma sampai ke pintu.

p/s : ini kisah benar dari Dato Dr Harun Din…..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar