Misteri Jenazah Berpuluh Tahun Tidak Reput dan Tidak
Busuk
Seorang
penggali kubur menemui satu jenazah yang kelihatan baru walau sudah ditanam
selama lebih dari 30 tahun dan perkara itu pertama kali berlaku dalam hidupnya.
Misteri Jenazah
Berpuluh Tahun Tidak Reput | “Jenazah Misteri” membuatkan tiga
penggali kubur tergamam apabila menemui mayat
dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna,
ketika mereka menggali liang lahad itu untuk tujuan pengebumian di Tanah
Perkuburan Islam. Peristiwa ini berlaku di Kangar.
Gambar hiasan: Tiada manusia yang hidup kekal abadi (sumber: google)
Mayat lelaki yang tidak dikenali itu ditemui
sebaik sahaja mereka menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter. Mayat
lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah
juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur. Kayu
keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.
Penggali kubur tersebut berkata penemuan jenazah
itu amat mengejutkan, kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali
itu memang kosong. keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih
sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang
dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.
“Selama 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi
tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita
mengenainya sebelum ini. Sepanjang pengetahuan, mayat yang masih elok dan
sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka
dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat.”
“Tergamam apabila melihat wajah serta tubuh mayat
yang masih elok seperti baru meninggal dunia, ketika mengangkat mayat terbabit
untuk dialihkan ke liang lahad baru, sempat melihat keadaan susuk
tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya
terlalu lama, penemuan mayat berkenaan adalah suatu misteri
kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur.” – kata mereka.
Subhanallah….
Renungan – Sepuluh Golongan Yang Mayatnya Tidak Reput Dan Tidak Busuk
Didalam hadis Rasulullah s.a.w pernah menyebut
mengenai sepuluh golongan yang mayatnya tidak reput dan tidak busuk, mereka
akan bangkit dalam keadaan tubuh yang asal diwaktu mati :
1. Para Nabi2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama’
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir
bin Abdullah r.a. sabda Rasulullah s.a.w.: Apabila datang hari
qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah
s.w.t. memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
“Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah
mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam
keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan dan buah
buahan syurga.”
Maka Malaikat Ridhwan menyeru sekalian
kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang
dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama
dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan
sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa
mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana
yang difirman oleh Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Haaqqah yang bermaksud :
(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan
dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang
lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu
kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!” (Surah Al-Haaqqah :24)
Sesungguhnya Ilmu yang bermanfaat ialah salah
satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
“Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan
mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah: 237)
Wallahu’alam….
Sumber: Hasnul Hadi Ahmad | Layari Kisah Tauladan Informasi Malaysia Kini
Subhanallah.. Semoga raga dan hati ini selalu dijaga ALLAH SWT pada jalan yg lurus dan dihindarkan dari jalan yg batil. Amin..
BalasHapus